[SN335] Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita dapat jangkakan bahawa sambutan maulidur Rasul tahun ini akan disambut seperti biasa oleh sebahagian umat Islam, apatah lagi oleh pemerintah di mana perarakan biasanya menjadi acara rutin. Selain kerana memperingati tarikh kelahiran Muhammad SAW, semua sambutan ini dilakukan atas alasan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Bagi pemerintah, masa inilah yang paling sesuai untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah orang yang ingat kepada Rasulullah. Sautun Nahdhah siri ke-166 telah mengupas dengan panjang lebar tentang hukum sambutan maulidur Rasul ini yang dimulakan di Mesir pada 362H oleh aliran Ismailiyyah yang telah keluar dari Islam. Kali ini marilah kita sama-sama melihat bagaimanakah cara yang benar untuk kita menunjukkan kecintaan kita kepada junjungan besar yang kita kasihi ini.
[SN334] Pada hari Jumaat 28 Disember 2012, seorang mahasiswi perubatan India berusia 23 tahun, yang menjadi mangsa serangan pemerkosaan ganas pada 16 Disember oleh enam orang lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dideritainya. Kes ini telah membangkitkan protes besar-besaran di seluruh India menentang kecuaian dan ketidakpedulian pihak polis dan pemerintah India dalam melindungi wanita daripada keganasan seksual. Kes pemerkosaan telah berada pada tahap epidemik, menjadi fenomena yang berlaku setiap hari dan merupakan kejahatan yang paling subur di India, negara demokrasi terbesar di dunia. Banyak serangan seksual tidak dilaporkan kerana sejumlah besar wanita telah hilang kepercayaan pada sistem pemerintahan di India dalam melindungi martabat mereka.
[SN333] Perancangan para imperialis untuk Bangladesh sudah menjadi begitu jelas sekarang. Kami di Hizbut Tahrir telah mendedahkan perkara ini berulang kali kepada umat Islam di negara ini. Berikut adalah antara perkara yang telah kami dedahkan:
[SN332] Kekejaman terbaru manusia berhati binatang, Bashar al-Assad di Syria telah meragut lebih 100 nyawa dalam masa seminggu yang lepas. Di Kahtaniyeh, sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terbunuh, termasuk lapan kanak-kanak, apabila kereta kebal tentera Syria menggempur sebuah kampung di wilayah utara negara itu pada 26 Disember lalu. Tiga hari sebelum itu, hampir 100 orang terbunuh apabila rejim Bashar melancarkan serangan udara ke arah orang ramai yang sedang beratur untuk membeli roti di sebuah kilang di wilayah Hama, tengah Syria. Walaupun angka tepat korban masih belum disahkan, jika jumlah tersebut benar, serangan udara ke atas kilang roti di Halfaya itu merupakan antara insiden keganasan terburuk sepanjang konflik di Syria.
[SN331] Para pejuang Syria mencapai kejayaan yang strategis dalam mengimbangi pertempuran melawan rejim Bashar al-Assad melalui pelanketenteraan yang disusun rapi berdasarkan taktik perang gerila. Amerika Syarikat yang khuatir dengan kemampuan para pejuang melakukan pergerakan di luar dugaan dengan pantas dan tiba-tiba, kemudian mengancam untuk melakukan campur tangan ketenteraan secara langsung. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, menyatakan pada 3 Disember 2012, bahawa “kami sudah pasti merancang untuk mengambil tindakan jika kemungkinan (penggunaan senjata kimia) itu terjadi.” AS dan negara-negara Barat pada umumnya berusaha untuk meneruskan pengaruh mereka di Syria, melalui penglibatan mereka agar revolusi boleh diarah untuk mendapatkan hasil yang mereka ingini. Berdasarkan keadaan sekarang, ada empat kemungkinan yang akan berlaku dengan rejim al-Assad yang sedang mendekati kehancuran ini.
[SN330] Berdasarkan perkembangan terbaru di Mesir setakat ini, tujuh penunjuk perasaan terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera dalam pertempuran antara penyokong Ikhwanul Muslimin dan pembangkang berdekatan kediaman rasmi presiden. Kenderaan polis dilaporkan turut kelihatan berkawal buat kali pertama sejak tunjuk perasaan besar-besaran diadakan 23 November lalu, selepas presiden Mesir mengeluarkan satu dekri yang meluaskan kuasanya. Kumpulan berhaluan kiri, liberal dan pembangkang berarak menuju kediaman rasmi Presiden bagi membantah pengendalian pungutan suara, yang dianggap dibuat secara tergesa-gesa berhubung Perlembagaan baru, yang didakwa menyebabkan negara mengalami perpecahan dan berlaku kongkongan terhadap agama.
[SN329] Pada hari Khamis 29 November 2012, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota (a non-member observerstate) dalam badan dunia itu. Keputusan ini telah mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke udara dan bersorak di bandar Ramallah. Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB. Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut, manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian berkecuali. Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaiktaraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City. Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang telah dibekukan selama lebih dua tahun. AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai ‘tidak produktif’. Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang ‘tidak akan membawa makna’ dan menuduh Abbas menyebarkan ‘propaganda palsu’ ke atas Israel dalam ucapannya di perhimpunan Agung PBB itu. Dalam perkembangan yang sama, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff berkata, “Kami juga mengalu-alukan resolusi yang meningkatkan status Palestin sebagai negara pemerhati PBB. Ucapan tahniah kepada Palestin” [UM 01/12/12].
Bismillahirrahmanirrahim
[SN327] Siapa sahaja yang mengembang dakwah Islam secara ikhlas dan benar serta berusaha mewujudkannya kembali di dalam realiti pemerintahan, baik individu mahu pun parti, tidak mungkin ia akan membenarkan, terlibat atau bergabung dengan sistem pemerintahan kufur dan tidak mungkin ia akan menerapkan sistem kufur di dalam pemerintahan (sekiranya ia berkuasa) atas alasan apa sekalipun. Ini kerana, di saat ia berusaha untuk menghancurkan sistem kufur, mana mungkin di saat yang sama ia juga berusaha mempertahankannya! Bergabung dengan sistem pemerintahan demokrasi dan lain-lain yang menerapkan peraturan (hukum) dan undang-undang kufur, ertinya memperkukuhkan lagi sistem kufur, bukan menghancurkannya. Hujah apa pun yang diguna untuk menjustifikasi penyertaannya di dalam sistem pemerintahan kufur tersebut, tidak lain hanyalah mengkhianati dirinya sendiri, mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Apalagi setelah nyata bahawa dalil-dalil itu bertentangan dengan dalil-dalil syar’ie yang qath’itsubut dan qath’i dilalah.