Hizb ut-Tahrir

Switch to desktop

Friday, 11 January 2013 04:13

SN334 - DEMOKRASI YANG MEROSAKKAN WANITA

[SN334] Pada hari Jumaat 28 Disember 2012, seorang mahasiswi perubatan India berusia 23 tahun, yang menjadi mangsa serangan pemerkosaan ganas pada 16 Disember oleh enam orang lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dideritainya. Kes ini telah membangkitkan protes besar-besaran di seluruh India menentang kecuaian dan ketidakpedulian pihak polis dan pemerintah India dalam melindungi wanita daripada keganasan seksual. Kes pemerkosaan telah berada pada tahap epidemik, menjadi fenomena yang berlaku setiap hari dan merupakan kejahatan yang paling subur di India, negara demokrasi terbesar di dunia. Banyak serangan seksual tidak dilaporkan kerana sejumlah besar wanita telah hilang kepercayaan pada sistem pemerintahan di India dalam melindungi martabat mereka.

Published in Sautun Nahdhah
[SN326] Antara tiang utama ajaran demokrasi adalah kebebasan. Demokrasi mengajar bahawa manusia memiliki empat jenis kebebasan iaitu kebebasan beragama (berakidah), kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku dan kebebasan kepemilikan. Tidak ada konsep halal dan haram dalam ajaran demokrasi di mana kesemua bentuk kebebasan itu boleh diamalkan (malah mesti dihormati) asalkan tidak mengganggu hak sama rata orang lain di dalam mengamalkannya. Bagi Muslim pencinta demokrasi, dengan menganggap bahawa demokrasi adalah sebuah sistem yang terbaik yang ada buat masa ini, mereka sering mencari dalil/nas untuk membuktikan bahawa apa yang diajar oleh demokrasi tidak bercanggah dengan Islam. Malah mereka tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah, meletakkan bahawa demokrasi adalah selari dengan ajaran Islam. Untuk itu, maka dicarilah nas-nas yang membuktikan bahawa ajaran demokrasi itu selaras, malah ada yang mengatakan bahawa ia diambil dari ajaran Islam itu sendiri!
Published in Sautun Nahdhah
[SN319] Isu hudud nampaknya akan terus dimainkan oleh UMNO, dalam usaha melaga-lagakan musuh politiknya, PAS, agar kalau boleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berpecah sebelum pilihan raya umum yang ke-13 nanti. Sepatutnya UMNO sebagai parti pemerintah berusaha untuk menegakkan hudud kerana wajib ke atasnya untuk menerapkan hudud, ini tidak, isu hudud hanya dibangkitkan untuk memecahbelahkan parti lawan! Sejak dulu hingga kini, seribu satu alasan diberikan oleh UMNO untuk tidak menegakkan hudud, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar alasan yang boleh difikirkan oleh parti assabiyyah Melayu itu. Keadaan ini memberikan gambaran kepada kita betapa para pemimpin negara yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Islam terus menunjukkan kelancangan terhadap hukum Allah dengan mempermain-mainkannya, bukan menerapkannya. Apakah mereka tidak yakin dengan hukum Allah dan merasa mereka lebih bijak dari Allah SWT, sehingga pelbagai alasan diberikan untuk tidak menerapkan hukum Allah ini? Benarlah firman Allah SWT,
Published in Sautun Nahdhah

[Al-Islam 607] Setelah sempat tenggelam beritanya, Badan Kehormatan (BK) DPR berjanji segera menuntaskan pengusutan kasus video mesum yang pemainnya mirip anggota DPR Komisi IX. Bersamaan dengan selesainya masa reses sekaligus pembukaan masa sidang, Senin (14/5) BK memulai proses formal pengusutan itu. (lihat, jpnn.com, 14/5).

Kasus itu menambah panjang daftar kasus serupa yang melibatkan anggota DPR. Pada Desember 2006 lalu, Yahya Zaini terlibat kasus video mesum dengan pedangdut Maria Eva. Lalu pada 2008 muncul lagi kasus foto syur Max Moein yang kemudian dibantahnya. Lalu tak lama Max dituduh melakukan pelecehan seksual terhadap sekretaris pribadinya Desy Firdiyanti. Max pun dipecat oleh BK DPR. Berikutnya, Arifinto ketahuan membuka situs porno saat sidang paripurna di DPR. Dia pun akhirnya mengundurkan diri dari keanggotaan DPR (lihat, republika, 14/5). Sangat boleh jadi masih banyak kasus-kasus serupa yang tidak terungkap.

 

Published in Buletin Al-Islam

 

 

 

 

[SN307] IrshadManji berjaya mengadakan majlis pelancaran bukunya yang terbaru (yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu) bertajuk “Allah, Kebebasan dan Cinta” di Malaysia. Setelah pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menolak programnya dari diadakan di situ, akhirnya majlis maksiatnya berjaya dibuat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCH). Sebelum ke Malaysia, aktivis feminis yang berasal dari Kanada ini telah pun ditolak keras kehadirannya di Indonesia. Program Manji telah dibatalkan sama ada di tempat terbuka mahupun tertutup termasuklah di beberapa buah Universiti di Indonesia hasil bantahan keras dari umat Islam di Indonesia. IrshadManji, 42, dilahirkan di Uganda dari ibu berketurunan Mesir dan bapa berketurunan India, merupakan ikon pendukung feminis liberal yang mengaku beragama Islam. Di beberapa tempat, tanpa segan silu, dia mengaku yang dirinya adalah seorang lesbian.

Published in Sautun Nahdhah
 [SN304] Isu Bersih kembali menghangatkan landskap politik tanahair. Kali ini Bersih 3.0 bergerak dengan slogan “Duduk Bantah”. Setelah segala persiapan dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama pakatan pembangkang kini di dalam keadaan sudah bersedia untuk mengadakanhimpunan Bersih 3.0 yang bertujuan untuk menuntut kerajaan mengadakan pilihanraya secara bersih dan adil.Pembangkang masih tidak berpuas hati dengan beberapa perkara berhubung PRU-13 menyebabkan mereka menyokong penuhpenganjuran Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 28hb April 2012 nanti.
Published in Sautun Nahdhah
Sunday, 01 April 2012 03:52

SN298 - Syura Bukan Demokrasi

[SN298]Syura menurut pengertian syara’ (yang didasarkan pada nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah) bermaksud akhzar-ra’yi (mengambil pendapat). Syura adalah mencari pendapat dari orang yang diajak bermusyawarah (thalabar-ra’yimin al-mustasyar). Syura dilakukan oleh setiap amir (pemimpin) terhadap orang-orang yang dipimpinnya, termasuklah oleh seorang Khalifah (ketua negara), komandan pasukan (qa’id) atau oleh setiap sahib as-solahiyah (orang yang mempunyai kekuasaan/autoriti). Bukan sahaja di peringkat negara, malah syura juga dilakukan di dalam sesebuah organisasi, syarikat, di antara suami isteri dan sebagainya. Dalam Daulah Islam (Khilafah) syura dilaksanakan secara rasminya oleh Majlis Umat, yang merupakan sebuah Majlis yang mewakili umat dalam musyawarah dan muhasabah terhadap Khalifah.

Published in Sautun Nahdhah

[Al Islam 593] Wanita di negeri ini masih rentan menjadi korban berbagai tindak kejahatan seperti pencabulan, pemerkosaan, penganiayaan hingga pembunuhan. Diantara kasus paling tragis adalah yang dialami seorang mahasiswi Bina Nusantara yang diperkosa beramai-ramai oleh supir angkot dan kawan-kawannya di Jakarta, lalu dibunuh dan jasadnya dibuang ke Tangerang.

Published in Buletin Al-Islam
Monday, 05 March 2012 09:46

SN282 - Demokrasi Yang Menjijikkan

[SN282] Sepanjang minggu lepas terdapat beberapa peristiwa panas yang berlaku di negara Malaysia yang demokratik ini yang kesemuanya menyentuh isu hak asasi manusia. Kesemua peristiwa yang berlaku itu sebenarnya menggambarkan corak hidup dan cara berfikir pemimpin dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai demokrasi dalam kehidupan mereka. Tidak terkecuali dan amat dikesalkan apabila golongan yang diiktiraf sebagai ulama dan juga gerakan Islam turut terjebak di dalam kepompong berfikir ‘demokratik’ ini. Dalam perkembangan terbaru yang amat memualkan, dilaporkan bahawa kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula dari 1-13 November depan, bertempat di Galeri Annexe, Kuala Lumpur, yang akan dirasmikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga merupakan penganjur Bersih 2.0.
Published in Sautun Nahdhah

Official statements issued by Hizb ut-Tahrir are only those that are found on its official websites. Any statement not found on one of these websites is not a statement from Hizb ut-Tahrir.

Top Desktop version